"Lindungilah KESEDIHAN dengan SENYUMAN. Biarpun dihatimu penuh KEDUKAAN. Kerana TABAH menghadapi CABARAN. Menunjukkan engkau mempunyai IMAN"

Friday 21 February 2014

Menjadi Maryam.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayng.
Akhirnya, aku menulis juga.
Masa semakin sedikit. Tanggungjawab ku semakin bertambah. Aku kuatkan semangat untuk pasakkan langkah memacu amal di bumi tarbiyyah yang penuh ibrah. Setahun setengah berbaki.
Baru juga aku sedar, tugas dai’e ini bukan sekadar amanah yang biasa-biasa. Kelak, aku risau bukan tugas ini yang memberatkan mizan kebaikan, tetapi sebaliknya. Aku berlindung kepadaMu dr segala keburukan dan kecacatan amalan.
Betul. Kerja ini sungguh bukan mudah. Sebab kita, bukan bermu3ayashah dengan robot. Tapi, dengan hati MANUSIA. Mana mungkin hati yang kotor mampu menyentuh hati mad’u. Hati- hati manusia yang perlu kita tuntun utk sama sama mencapai syurgaNYA. Dua perkara yang melajukan manusia dalam tarbiyyah.
1)IKHLAS dalam beramal.
2)KONSISTEN dengan wasilah tarbiyyah.



Aku juga masih bertatih dalam dunia ini. Andai datang masa aku ‘lumpuh’ , lesu utk jenguk adik2, lesu dlm ibadah, tak bersemangat nak gerakkan usrah, malas nak datang katibah, Aku perlukan akhowat. Ukhti ukhti yang menyokong dan menguatkan aku. Bukan mematahkan semangatku, bukan yang mebiarkan aku larut dengan gelak tawa. Aku perlukan mereka yang menegurku utk sama sama bergerak. Bergerak dalam gerabak taqwa. Rajin menggerakkan aku utk qiyamullail. Tidak melupakan aku dalam bahagian doa mereka. Kerana kita faham, dunia hanya pentas permainan.
Cukup sekadar mereka faham. Bahawa, aku pilih jalan ini utk mengislah diri.
SEMOGA ROH YANG BARU NAK BERGERAK INI MAMPU MENYENTUH JIWA MANUSIA DALAM GERABAK DAKWAH DANTARBIYYAH.

Aku perlukan doa kalian utk terus tsabat dan amanah dengan diri ku sendiri, agar kesudahan hidupku berakhir dengan tersenyum kepada syahadah. Hidup dan matiku hanya kerana Allah. Sekarang mungkin belum. SEHARI SEINCI, IELA!

TADABBUR CINTA (SURAH MARYAM)