Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayng.
Akhirnya, aku menulis juga.
Masa semakin sedikit. Tanggungjawab ku semakin bertambah.
Aku kuatkan semangat untuk pasakkan langkah memacu amal di bumi tarbiyyah yang
penuh ibrah. Setahun setengah berbaki.
Baru juga aku sedar, tugas dai’e ini bukan sekadar amanah
yang biasa-biasa. Kelak, aku risau bukan tugas ini yang memberatkan mizan
kebaikan, tetapi sebaliknya. Aku berlindung kepadaMu dr segala keburukan dan
kecacatan amalan.
Betul. Kerja ini sungguh bukan mudah. Sebab kita, bukan
bermu3ayashah dengan robot. Tapi, dengan hati MANUSIA. Mana mungkin hati yang
kotor mampu menyentuh hati mad’u. Hati- hati manusia yang perlu kita tuntun utk
sama sama mencapai syurgaNYA. Dua perkara yang melajukan manusia dalam
tarbiyyah.
1)IKHLAS dalam beramal.
2)KONSISTEN dengan wasilah tarbiyyah.
Aku juga masih bertatih dalam dunia ini. Andai datang masa
aku ‘lumpuh’ , lesu utk jenguk adik2, lesu dlm ibadah, tak bersemangat nak
gerakkan usrah, malas nak datang katibah, Aku perlukan akhowat. Ukhti ukhti
yang menyokong dan menguatkan aku. Bukan mematahkan semangatku, bukan yang
mebiarkan aku larut dengan gelak tawa. Aku perlukan mereka yang menegurku utk
sama sama bergerak. Bergerak dalam gerabak taqwa. Rajin menggerakkan aku utk
qiyamullail. Tidak melupakan aku dalam bahagian doa mereka. Kerana kita faham,
dunia hanya pentas permainan.
Cukup sekadar mereka faham. Bahawa, aku pilih jalan ini utk
mengislah diri.
SEMOGA ROH YANG BARU NAK BERGERAK INI MAMPU MENYENTUH JIWA
MANUSIA DALAM GERABAK DAKWAH DANTARBIYYAH.
Aku perlukan doa kalian utk terus tsabat dan amanah dengan
diri ku sendiri, agar kesudahan hidupku berakhir dengan tersenyum kepada
syahadah. Hidup dan matiku hanya kerana Allah. Sekarang mungkin belum. SEHARI
SEINCI, IELA!
TADABBUR CINTA (SURAH MARYAM)
No comments:
Post a Comment