"Lindungilah KESEDIHAN dengan SENYUMAN. Biarpun dihatimu penuh KEDUKAAN. Kerana TABAH menghadapi CABARAN. Menunjukkan engkau mempunyai IMAN"

Monday 24 October 2011

siapa wanita solehah??

Bismillahirrahmanirrahim..da lme rsenye tinggalkn blog ni smpi jd usang suda..keif imanukum..?birraja3 ala maghfirah Allah..insyaAllah..hr nie nk share sumthing..mcmana nk bentuk dri jd prmpuan yg solehah??sllu dgr,prmpuan solehah itu bidadari syurga..impian sume org,kan?tp,sejauh mne usaha kte kearah itu?mujahadah yg tinggi.?.semestinya..jom kte sama2 muhasabah dri n berusaha bentuk akhlak hasanah..tajdid iman,cintakan Allah(^_^*)

Amalan-amalan wanita solehah:

1. Mendirikan solat.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah-lengahkannya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dengan setiap pemberian Allah SWT. Janji Allah SWT dalam Al-Quran, "Apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kepadamu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih."

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah SWT akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah SWT.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah SWT dan menjauhi semua larangan-Nya. Walaupun Allah SWT tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah SWT itu Maha Melihat semua perbuatan Hamba-Nya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah SWT.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah SWT, seperti didalam surah Fatihah " Kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan."

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahu mengaji Al- Quran dan sering menjadikan Al-Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tidak diperdengarkan alunan bacaan Al-Quran ibarat seperti sebuah kubur!

  Panduan buat semua yang bercita-cita menjadi WANITA SOLEHAH. Insya-Allah..seindah2 hiasan adlh wanita solehah..

1 comment:

syarifuddinumar said...

Berusaha ke arah untuk mendapatkan wanita yang ber'titlekan'kan solehah . Insya-Allah :)